Sunday, November 21, 2010

See you again brother sister batch 07-07 KPMSI!!!

Inilah yang dinamakan takdir. Allah dah tetapkan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan ini yang saya bakal hadapi tak berapa lama lagi. Perpisahan degan semua adik2 dan kawan2 yang sangat disayangi setelah pertemuan selama 3 tahun setengah.

Ermm,dari dari dulu lagi saya da plan nak bagi hadiah terakhir yang istimewa untuk insan2 yang bakal saya tinggalkan atau mereka tinggalkan saya. Dan hanya melalui videolah bagi saya ,yang mampu saya sampaikan mesej hati saya. Itulah bagi saya hadiah teristimewa yang mampu saya beri .( Istimewa ke?)

Start wat video ni actually since Sabtu petang, tapi adjust punya adjust, ditambah RAM lattop yg tersangatlah laju, macam2 jadi. Last2  saya tidur pukul  2 pagi dengan hasil yang sia2, video yang dok adjust2 tadi terus ilang!

Tak give up, nak bt jugak! saya pun start balik wat video dlm pukul 3ptg Ahad. Alhamdulillah berjaya. Pe lagi terusla upload dalam facebook! tak sabar nak sampaikan rasa hati dan harapan kat semua. Terlaksana da hajat. Dan hasilnya......

Walaupun video ni tak sehebat mana, tapi saya puas hati sebab suara hati saya ada kat sini. Bile tengok2 balik video ni tiba2 hati rase sayu,sedih la pulak.
Shara tabah Shara,jangan nangis, (padahal dah basah bantal, sob, sob)
Adik2ku, akk sayang korang semua!

Friday, November 19, 2010

vitamin C - graduation (friends forever)



To all my friend in KPMSI, love you so much!

"Graduation (Friends Forever)"

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly

Kesedihan petang Khamis, Kegembiraan pagi Jumaat

Hari Khamis ni saya ade presentation IT. Tapi apelah nasib, lattop buat hal last2 minute. Sedihnye. IT ni actually subject yg saya score sejak mula 2 belajar dulu. Kalau dulu masalah installation sql, ok fine. Sekarang da boleh install, lattop pulak menggedik2 , nasib baik la saya masih bersabar. Last2 nangis la.

Saya memang nak dapat D untuk subject ni, untuk tebus kegagalan saya dulu. Lagi pulak saya memang minat subject computing. Sekali lattop wat hal, hancur harapan saya. Waktu solat Asar pun saya rasa tak kusyuk, asyik nangis je. Inilah tahap ketensionan yang paling teruk pernah saya rasa. Badan rase lesu sangat.Lepat solat maghrib, saya nangis puas2. Sedih betul!

Disebabkan keletihan yang melampau, lepas solat Isyak, saya terus tidur. Tepat jam 12.50 mlm baru bangun balik, solat tahajjud, solat sunat taubat dan sambung buat assignment. Lebih kurang pukul 1 lebih, tiba2 dapat call dari budak rumah, mintak ikut balik tuk selesaikan masalah yang dah lame berlarutan.Ade isu baru pulak. Makin bertambah hot, masalah.

Sampai kt rumah sewa,si D bertanya pada si A, apa yang si A x puas hati sampi menimbulkan isu x. Terjadi la sedikit bau2 perang mulut. Setelah selesai D meluahkan segala isi hati pada A, D bertanya pada A apa lg yang A tak puas hati dengan D.A cakap takde ape2. Akhirnya berlakulah sesi muhasabah yang sepatutnya dah lama berlaku. Setiap orang meluahkan masalah masing2, terus terang tentang kelebihan dan kekurangan masing2 dan saling menasihati antara satu sama lain. Saya rasa seronok sangat pagi tu tengok semua da sedar dan akui kesalahan masing2 dan bermaaf2an.

Kalaulah perkara ni berlaku awal lagi kan seronok. Tapi ape2 pun ade hikmah setiap yang berlaku. Saya seronok tengok adik2 saya dah bersatu. pagi tu kami sama2 nangis bile dengar impian Nashua nak jadi gadis yang berpurdah satu hari nanti.Saya pun suka tengok amy nangis sebab terharu , makin comel, bukan senang nak tengok amy nangis.Saya bahagia tegok adik2 saya bahagia. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan saya juga.

Sekarang seorang demi seorang ahli rumah da balik, ermm tak taula bila lagi boleh jumpa. Apapun saya doakan yang terbaik untuk mereka semua, im very happy with you all. Thank you for every moment share with me. I love you all so much. Hope this friendship will lasting forever .

Alhamdulillah pagi Jumaat ni, semuanya bermula dengan kebaikan, kegembiraan dan paling penting keberkatan. Untuk system IT pun dah boleh run.Thank you Allah, thank you Allah, thank you Allah, we find our way.
Same2 beraya di peranrauan

Project u all waktu i xde kt bilik!
Thanks for you concern!
 Last moment of raya together
Bersama gapai kejayaan!

Tuesday, November 9, 2010

Kuharap Cinta

Kuharap... kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap... kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawapan
Yang ada hanyalah persoalan

Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan... cinta

Friday, November 5, 2010

Pesan abah untuk anak -anaknya

Tentang kebersihan,
Abah tak suka betul tengok orang selalu sangkut baju kat tempat yang tak sepatutnya,
Abah nak, kalau baju tu masih elok, hangerkan baju tu dan letak kat tempat yang sepatutnya dengan kemas
Kalau baju tu da kotor, masukkan dalam bakul khas dan basuh, jangan lepak2(sepah) je
Abah cakap kalau kami hidup mase zaman arwah wan , pasti kami tak sanggup, kalau ade baju kotor kat mane2 n tak letak kt tempat yg sepatutnye,jawabnye tanah la tempat die landing.
Abah tak suka kalau orang tu pergi bilik air dan tinggalkan pakaian atau pe2 barang yang tak patut kat bilik air.


Tentang disiplin,
Abah tak suka orang bangun lewat , abah cakap tak elok, nanti rezeki tertutup, pagi2 lepas subuh, abah tak tido lagi, lepas solat, abah baca Quran.
Abah suruh kami basuh pinggan masing2 selepas makan, jangan harapkan mak dan anak perempuan je nak basuh pinggan masing2.
Abah paling tak suka kalau kami ambil satu2 barang tu n tak letak tempat die balik, abah cakap perbuatan tu ZALIM.
tapi my 2nd brother always do it
Abah tak suka anak2 lelakinya rambut panjang, tapi tak terurus, boleh rambut panjang tapi yang penting kemas, kalau tak abah cakap diorang macam sami Hindu (2nd n young brother x reti2 bahasa)


Tentang aurat
Abah tak suka kami pakai tudung pendek, abah cakap tujuan utama pakai tudung adalah untuk tutup dada,
Abah tak suka my sister pakai jean ketat, abah cakap macap batang buluh
Abah cakap, abah suka tengok perempuan 2 Arab, pakai jeans, tapi jeans longgar, tak nampak bentuk kaki
Abah tanye bile nak pakai baju lengan panjang mase saya darjah 4


Tentang sosial
Abah x kisah kami nak kawan dengan sape2, yang penting pandai jaga diri,
Tapi abah cakap kalau nak berkawan cari kawan yang baik(macam dalam  hadis nabi),
Abah cakap orang perempuan tak elok suka sangat tersengih2 macam kerang busuk, senyum tak pa,
Abah cakap anak perempuan kene jaga perlakuan betul2 supaya orang hormat dan tak berani nak apa2kan kita.
Abah cakap, kalau dengan lelaki, cakap bende yang perlu dan patut je, elakkan dari cakap n meseg dengan hp, lebih2 lagi waktu malam.

Saturday, October 23, 2010

Apabila Diri Sendiri Di soal

Last weekend, saya jadi sukarelawan mewakilili Raudatul Sakinah untuk menemuramah orang ramai tentang gejala sosial di Malaysia seperti zina dan buang anak di UTP sempena konvokesyen week.Target audience ialah Chinese, Malay, Indian ,outsider ( bukan warga UTP) dan foreigner. Pengalaman ini bagi saya adalah sangat berharga kerana ianya dapat membantau saya meningkatkan lagi communication skill, dapat praktikkan English di samping menambahkan ilmu pengetahuan.

Antara soalan yang saya ajukan ialah apakah pandangan anda tentang gejala sosial di Malaysia? Apakah punca masalah tersebut berlaku? dan dari sudut pandangan agama masing2, apakah yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut?.

Di sepanjang temuramah tersebut macam2 jawapan yang saya terima. Suka saya berkongsi jawapan seorang sahabat yang saya kenal, apabila saya tanya jika sahabat masing2 sendiri buat maksiat depan mata, apa tindakan kita, nak tegur ke tidak? Jawab sahabat tersebut, tak tahu la????. Dalam hati saya tertanya2 takkan tak tahu???

Selepas habis temuramah, hasil tersebut dikumpulkan untuk dijadikan bahan kajian. Sementara masih ada masa, saya dan 2 lagi rakan sekolej yang turut serta mula berborak. Seorang rakan saya ini menceritakan tentang sahabat di rumah tempat dia menginap. Dia menceritakan tentang sahabat tersebut yang sudah mula memindahkan barangnya serba sedikit untuk menginap di rumah teman lelakinya, dengan kata lain mereka bersekedudukan. Katanya lagi hal tersebut perlu dirahsiakan. Saya mengangguk tapi mengatakan bahawa saya tidak akan memberitahu orang lain, tapi jawab saya, jika ada pegawai agama saya akan suruh mereka pergi ke rumah mereka(pasangan bersekedudukan).

Balik saja ke hostel saya berkongsi pengalaman saya berkaitan tugas saya. Bila banyak kali berkongsi, tiba2 saya teringat kembali tentang perasaan saya apabila sorang sahabat tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika sahabat mereka buat maksiat di hadapan mereka. Saya baru tersedar, saya begitu mudah menyoal dan berperasaan begitu mendengar jawapan orang lain kerana saya tidak menghadapinya. Saya juga baru tersedar Allah sedang bertanya pada saya, apakah tindakan saya setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh sahabat saya.Walaupun saya tidak melihat dengan mata sendiri, saya yakin dengan maklumat yang saya terima kerana sebelum ini ramai telah memberitahu saya tentang perkara yang lebih teruk dari itu. Malam itu saya tak dapat tidur memikirkan hal tersebut.

Saya terasa dilema, jika saya bertindak , pastinya ia akan melibatkan sahabat saya. Jika saya berdiam diri, saya bersubahat, sedangkan perkara yang dilakukan adalah dosa besar dan terkutuk. Waktu itu saya teringat kata2 ini yang sering berkumandang di radio IKIM yang terbuka 24 jam di bilik:

"Barangsiapa yang mencari rela Allah, yakni redha Allah dengan marahnya manusia,
nescaya dia akan dicukupkan dari perbelanjaan manusia, 
dan barangsiapa yang mencari redha manusia dengan murkanya Allah,
nescaya dia akan dikembalikan kepada manusia!"

Mengingatkan kata2 ini, saya jadi nekad, biarlah hilang kawan asalkan kita tegakkan kebenaran! Walaubagaimanapun saya tidak menyatakan dengan jelas samada mereka berzina atau apa2 pun kerana saya tidak melihat dengan mata sendiri, takut kelak akan membinasakan diri sendiri. Sebagai langkah berjaga2 saya hanya memberitahu maklumat yang saya perolehi kepada pihak2 yang bertanggungjawab atas keterbatasan saya melakukan tindakan yang selanjutnya. Selepas ini terpulanglah pada pihak bertanggungjawab tersebut untuk melakukan apa saja tindakan dari laporan saya, yang penting saya sudah menjalankan tanggungjawab saya sewajarnya.

Sunday, October 17, 2010

Couple....is it necessary?

Couple,almost famous word in teenagers life,the most challenge life.What actually couple mean? In term of love, couple mean two person whether different gender or same gender,build a relationship to make the business of feeling.



The question is, is it necessary? Sometimes people asking me "kak shara ade couple tak?", when i says no, they not believe me. Its impossible for them if a person doesn't have couple. What actually function of couple? Some people says without couple they will feel lonely so their couple can entertain them. Some says their couple is the place to share many thing. Some people says no couple just like not normal and many thing.

For me all that just the answer based on feeling and passion. before choose to having couple, why don't we think is it the right thing i done? Did Islam permitted us to couple?

In this opportunity i would like to advice all muslim, my family and my friend, let us live like what was been asked in Al Quran, live like what Rasulullah live. If there really have someone had win your heart, ask for Allah guidence, pray Istikharah for the right path.Insya'Allah there will be the right person for us like what Allah says in Surah An-Nur that  "Good boy is for a good girl, while a bad boy is for a bad girl".

Last Sem: Every Moment is Meaningful....



This sem is the last sem for batch 07-07, excluded me. Well i need to ex stand for another one sem. Its ok even though without all my lovely friend. Its teach me to independent and many more.
What i would like to share here is this last sem is the most meaningful to us. Everywhere, everytime if can we want to capture photo together with all friend, in the class, shoping and evetrthing.
However the moment that we'll never forget is photoshoot after open house at our friend home.  It was already 12.00 o'clock at night. Before sending our hostel friend back, we stop at Seri Iskandar i-City hihi, actually it was the place where the two lighting tree stand with its wonderful color just like at i-City.
We are taking a lot of picture, almost 400 picture with many style and pose. What important spending time together that night is a very meaningful moment other than happiness.

Like Father, Like Daughter

Just like i told before, Abah is my idol. This make us have many similarities in many thing
First, Abah and me like Science, both of us like to make research and all about science,planet2,flora nad fauna and others.



Second, Abah and me like arts such as scenery , universal songs as long as the song sounds nice and soft, Korean and war movie and others.



Third, Abah and me like to talk about politics. Abah advice me that we must know and concern about politics,it is because if we doesn't care about politics we will make mistake in vote the best leader in our country, the leader election is very important where they will create the country. If the leader is good then there will exist a great Islamic country and if not, there are many sequence happened.

Forth, Abah and me like to eat the same food. Our taste is same.Every new food i cook he like and any new food he buy i like.What important thing is we like cheese so much!

Now i aim for one thing, Nikon slr camera model D90! Abah and me really love gadget such as lattop, all type of camera, video cam and many more! Long time ago abah dream to own a slr camera. Abah said if he got money he will buy it to captured every meaningful moment i our life. So i make a promise to myself to make abah dream come true. One day i will gift him Nikon D90! I can imagine how happy abah get that gift because i also will be very excited if i have it by myself, because we share the same feeling!........Like Father Like Daughter

Sunday, September 26, 2010

Ku masih mencari....

Urmm, hari demi hari menjalani kehidupan ini, saya masih terasa kekosongan. Kekosongan kerana masih mencari ke mana arah hidup ini. Hari 2 yang saya jalani seperti sama. Hidup macam robot. Ya Allah, berikan petunjuk agar segalanya jelas. Agar dapatku jalani hidup ini menepati landasan syariatMu.

Sunday, August 29, 2010

Tiada yang sempurna...

Hari demi hari saya hidup kat dunia ni, macam2 transformasi berlaku pada diri saya. Walaubagaimanapun saya sangat bersyukur kerana hari ini saya sudah mempunyai kesedaran tentang hidup. Bagaimana saya harus hidup di dunia ini.


Transformasi pertama,(12-15 tahun)
Dari seorang anak kecil yang hanya tau main buaian dan kejar2, saya menjadi seperti seorang Tomboy, tapi tak totally la. Tapi bagi saya zaman ni zaman Jahilliah saya la. Penamat zaman Jahilliah saye ialah setelah mendengar kata2 keramat abah saye.

Transformasi kedua,(15-19 tahun)
Mase ni saya seorang yang ektremis, tak suke tengok orang couple2, pakai baju ketat n buat benda2 yang tak patut. Kalau nampak je orang couple, lebih2 lagi kawan2 sekolah, saya mesti kutuk orang tu gile2.


Transformasi ketiga,(20-sekarang)
Bile masuk je kolej, banyak bende baru yang saye belajar bile jumpe orang2 baru. Kat sini juga banyak mengubah hidup saye. Kat sini saya belajar hidup besederhana. Dulu kalau orang buat jahat kat kite saya selalu kutuk orang tu balik. Tapi abang cakap buat ape kite kutuk balik, kalau macam tu kite same je macam diorang, kite doakan je diorang berubah jadi baik. Ayat power abang saya sentiasa di ingatan sampai sekarang.

Paling penting saye nak cakap kat sini ialah sebenarnya tak de manusia yang sempurna selain Nabi Muhammad. Bile orang buat salah kite jangan benci kat orang tu. Mungkin dia buat salah tu sebab kurang ilmu tentang benda yang die buat. jadi sebaiknye kite hidup di dunia ni kene saling ingat meningati. Kite kene sentiasa sedar diri bahawa kite sendiri tak sempurna, tiap hari kite buat dosa.Yang berbeze cuma banyak atau sikit je.Kadang2 kite nampak orang lain  tak bertudung kite tak nak kawan, padahal orang tu mungkin lebih baik dari kite , dan kite tak tau orang tu tak pakai tudung sebab pe? mungkin family diorang x pernah suruh ke? atau pe2 je. Sepatutnya tugas kite kat situ ialah dekati diorang dan ajak diorang buat bende baik bukan mengutuk tak tentu pasal.

Macam yang saya alami dulu, sebab ego macam lelaki nak jadi lelaki, bile saya sedar fitrah diri saye , saya berubah menjadi diri saye sekarang.

Saye sedih bile kadang2 de orang datang bercerita kat saye tentang keburukan orang lain dan senang2 nak benci orang lain sesuka hati.Kenape sampai macam tu sekali. Tolonglah,  benci perangai buruk orang boleh tapi jangan benci orangnye. Dan paling penting sedar diri sendiri yang banyak kekurangan.

Walaupun kita tak mampu sampai ke level perfect, tapi jangan jadikan ia alasan untuk mengelat dari kebenaran dan menghalalkan kemungkaran.Kita memang tak boleh jadi perfect, tapi sekurang2nya kita cuba untuk jadi perfect. ermmm pening ke ayat ni? Saya yakin anda faham.

Saturday, August 28, 2010

Tatkala Syahadah Dilafazkan.....



27  August 2010..
Sebenarnya tak plan pun nak pergi joint usrah, tapi mugkin Allah nak saya menjadi salah seorang yang menghadirinya hari ini, saya pun bertolak ke masjid Seri Iskandar dalam pukul 9.30 pagi bersama dengan Dila dan Salwa. Sampai di sana kami agak segan kerana datang lewat. tapi buat selamba je masuk dan terus mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di UK.

Topik yang dibincangkan waktu itu ialah kategori atau level2 Islam umat Islam zaman sekarang. Menurutnya terdapat beberapa level umat Islam pada zaman sekarang. level pertama ialah MA iaitu Muslim Amatur, mase ni saya baru sampai  tak beberapa fokus jadi tak dapat clear point tentang level ni.

Level kedua ialah MB, stand for Muslim Basic. MB ni kire muslims pada nama je la yang tak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar

Ke empat ialah MC, Muslim with Commitments iaitu muslims yang tak tinggal solat,selalu bace Al Quran tapi masih berfahaman sekularisme atau fahaman2 lain yang bukan totaly Islam.

Yang kelima MD, Muslims Daie, iaitu muslims yang memiliki ciri2 MC kecuali berfahaman Islam yang sebenar tetapi tak dapat menumpuksn 100% dengan kerja2 dakwah kire macam part-time.

Yang keenam dan terakhir ialah ME, Muslim Extreme. ME nilah yang sepatutnye kite jadi dan jangan takut untuk menggunakan perkataan ekstrem dalam mencapai tahap muslim yang maksimum. Ektrem di sini sebenarnya bermaksud kite perlu mempunyai semangat yang tinggi untuk mendalami Islam , perlu sentiasa consistent dan memberikan 100% tumpuan pada dakwah.

Di manakah level kita? sama-samalah kita fikirkan .  Andai kita dikalangan muslim A,B,C atau E, janganlah sentiasa ingin di takuk lama berusahalah untuk menjadi Muslim E. Saya menginagtkan diri saya dan semua mualim di luar sana.

Zaman sekarang susah nak berdakwah dengan oang kafir. kenapa? sebab adanya golongan2 seperti MA,MB,MC dan ME. Orang islam sendiri yang memberikan gambaran negatif tentang Islam. jadi sebelum berdakwah pada orang kafir, langkah pertama kita ialah berdakwah pada golongan2 D,C,B dan A. Golongan2 ini dahulu perlu diperjelaskan tentang hala tuju hidup kita. Jika dakwah ini berjaya jadi mudahlah kerja dakwah untuk orang kafir kerana jumlah ME itu sudah ramai, golongan yang sudah jelas tentang tujuan hidup yang dapat menjadi contoh kepada orang lain.

Kenapa dakwah? Inilah perkara pokok yang berkaitan dengan tajuk kali ni.Refresh balik satu kisah, sahabat nabi SAW, Abu Zar. Sebaik mengucap kalimah syahadah, Abu Zar menggigil seketika, kenapakah Abu Zar berkeadaan sedemikian?

Hakikatnya maksud syahadah itu bukanlah hanya sekadar lafaz yang menyakini seseorang itu merupakan seorang Islam sebaliknya di situ telah tersandar satu amanah untuk menjadi saksi kepada Allah dan RasulNya. Saksi untuk apa? saksi untuk membuktikan kebenaran Islam, kebenaran kesucian agama yang diwahyukan ini oleh Allah kepada Rasulullah.

Bagaimana? Dengan menyampaikan dakwah .Penyampaian dakwah itu paling penting ialah buktinya bukan hanya dengan kata2. Analoginya ialah seperti produk perlangsingan Dr Rozmey. Jika Dr Rozmey hanya mengatakan tentang keberkesan produknya, orang belum tentu percaya tetapi apa yang dilakukan oleh Dr Rozmey? Dia bawa buktinya sekali, testimoninya. Di sini jelaslah kata2 beserta bukti itu adalah sangat penting dalam menyebarkan dakwah.

Hari ini betul2 menyedarkan saya bahawa pentingnya tugas dakwah ini dilaksanakan lebih2 lagi bagi mereka yang telah  dianugerahkan ilmu pendakwahan. Dan celakalah bagi mereka yang mengetahuinya tetapi tidak beramal dengan lmu tersebut dan menyebarkannya pada orang lain.

Saya rasa menyesal kerana sebelum ni saya selalu skip usrah. Saya tersepit di antara tugas saya sebagai seorang pelajar dan tugas untuk berdakwah. Sekarang saya tahu kalau kita utamakan tanggungjawab kita kepada agama, Insha'Allah yang lain settle, yang penting saya kene yakin.

Saya juga baru sedar yang kita selama ni , dah dikaburkan oleh Yahudi untuk utamakan dunia dengan timbulkan keadaan macam sekarang, kalau tak belajar tinggi2 kite tak dapat kerja, so kite pun sibuk belajar sampai kadang2 tak hirau solat, makan n minum, sebab ape? sebab nak pandai, nanti tak dapat kerja. Padahal yang paling penting kite tau ialah kite belajar sebab nak ilmu. Kenapa nak ilmu? sebab menuntut ilmu itu adalah tuntutan agama. Pasal kerja, kan Allah yang bagi rezeki kat kite, so nape nak risau sangat, yang penting kite kene usaha.

Rasenye cukup sampai sini dulu perkongsian yang dapat dikongsikan dengan anda semua, sebelum tu saya nak ingatkan pada anda semua agar kita bersama2 mengimprovekan diri dengan ilmu untuk mengimprovekan iman supaya kita dapat mengimprovekan orang lain.

Hari ni saya rase bertuah sangat sebab Allah izinkan saya untuk memperolehi ilmu pada hari Jumaat ni, penghulu segala hari dan yang paling penting hari ni hari Nuzul Quran.

Setiap kali saya sembahyang dan waktu mengucap dua kalimah syahadah, saya akan mengingati tanggungjawab saya untuk berdakwah.

Saturday, August 21, 2010

eBoy..oh eBoy




Fikri @ Eboy actually sorang budak berumur 5 tahun yang sangat comel dan cerdik. Siape Fikri?? Tanyalah Fikri sendiri. "Awak anak sape?", tanye En. Nazri ,kaunselor kolej kami. "Anak makcik kantin (cafe)". "Name siape?" Sambil menunjukkan jarinya, Fikri membilang, "name ite ade Fikeri, Azerul,Adik ngan Eboy. Ade 4 name ite" itulah jawapan Fikri setiap kali ditanye tentang namanye.

Pertama sekali berjumpa dengan Fikri ialah pada satu malam sedang makan dengan Zaety kat cafe pada awal sem ni. Sambil makan saya perhati gelagat Fikri yang sangat mudah berkawan dan  comel. Dalam hati tertanya2 sape budak nie? comelnye. Bile Fikri lalu je kat meja tempat saya makan, saya terus panggil die dan tanye name die. Dengan malu2 Fikri memberi jawapan seperti yang diberikan kepada En Nazri. Sejak hari tu,kalau boleh hari-hari nak jumpa Fikri.



Kalau dulu Fikri rapat dengan Achik sorang junior kat kolej . Bile saya dah slalu bawak die pergi jalan2 n tiap petang bawak die tengok orang main kat dewan, die dah rapat ngan saye. Ermmm, itulah saye dengan budak2, maklum la anak buah jauh dari mata. Tak dapat jumpe anak buah pun x pe la , Fikri la penggantinya.

Dulu ingat lagi,sebelum ada anak buah sendiri saya takut nak pegang baby n nak main ngan budak2 kecik. Tapi bile dah ade anak buah sendiri,hah !tak boleh berenggang, kalau boleh orang lain xleh pegang saye je boleh. Tapi sayangnye mereka duduk jauh, abang kat Maran, akak pulak kat Seremban 2. Seremban2 bunyik macam dekat je dgn rumah. Agak dekat, tapi akak tak selalu balik bawak anak2 die, nie yang bertambah rindu kat diorang nih..huhu.

Ditakdirkan kat kolej berjumpe dengan Fikri, hurmm inilah peluangnye nak lepaskan rindu. Itulah hari2 saya di kolej, hidupku ceria dengan kehadiran Fikri .Ingat lagi kecerdikan Fikri bile die bercerite dirumahnye ade CD cerita Pocong. Saye cube uji die,"kalau Pocong datang rumah Fikri ,takut x?" jawab Fikri" x takut, rumah ite ade Quran, t bce Quran die lari lah". Wah Fikri memang cerdik. Selain cerdik saya lihat Fikri telah dididik untuk berani dan berdikari sejak kecil lagi. Die tahu jadual harian yang patut dilakukan, lepas main kadang2 makan malam dengan kami, lepas tu pergi solat Maghrib.

Bile suruh Fikri mengira 1,2,3 Fikri boleh kire. Suruh pulak Fikri kire one,two,three, Fikri boleh. Suruh bace alif,ba,ta Fikri boleh bace jugak. Suruh bace doa belajar, makan,habis makan dan macam2 lagi, semua Fikri boleh bace. Satu hari Fikri sendiri nak tulis name die sendiri ,"ite pandai tulis name ite" . Saye pun beri pensil dan kertas. Memang betul Fikri pandai tulis name die.


Ape yang buat saya suke tentang Fikri ialah die tak macam budak2 yang lain yang slalu nak itu, ini. Bukan berkira tapi budak2 memang tak boleh diajar meminta2 dengan orang.Fikri memang tak pernah minta ape2 kecuali saya sendiri yang bagi. Fikri tak pernah takut nak ke mana dan tak mengira waktu. Fikri pergi surau sorang2 dalam gelap, x pernah ade orang teman pun. Kalau saye tak bawak Fikri ke dewan pun Fikri boleh pergi sendiri.

Saya membahasakan diri dengan Fikri sebagai kak Shara, padahal saya dah boleh digelar makcik huhu, xpela rase mude sikit.Kalau Zaety ke cafe tanpa ditemani saye Fikri mesti tanye. Macam tu jugak saye kalau pergi cafe mesti cari Fikri dulu. Kawan2 saye pun dah masak dengan perangai saye sampai diorang cakap Fikri tu anak angkat saye.Ermm actually saye dah anggap Fikri tu macam anak saye sendiri.

Ingat lagi mse saye pergi KPM Bandar Penawar kat Johor. Sebenarnye serba sedikit hati berat nak pergi sebab tak dapat jumpe Fikri selame 3 ari. Sebab tu hari terakhir di sana ialah hari yang saye nanti2kan. Sampai saje di kolej saye terus bawa coklat yang saye janjikan nak beri Fikri pada hari Khamis sblm bertolak ke BP. Padahal mase tu baru pukul 12.30,Fikri tak balik dari sekolah lagi. X kire nak jumpe jugak. Sampai2 betullah Fikri x balik lagi.....Kecewa. Macam tulah kalau kite dah sayangkan seseorang kan?Sehari tak jumpe rase semacam je, ade je yang x kene......tapi hanya untuk insan2 terpilih seperti Fikri.

Tuesday, August 10, 2010

KPM Bandar Penawar-KPM Seri Iskandar, A Long Journey

Hari Khamis lepas tbe2 Zaety call tnye nak pg KPMBP tuk program kemerdekaan x sbb ade kosong lg 2 tmpt. Dgn jawapan bidan terjun, saya terus ckp nak pg. Lps tu bru saye terfikir blk yg presentation subjek AP x buat lg, then esok de clas IT,takut tertinggal, ayooo. Saye pun cancel pg BP.Time tolong hntr brg Zaety atas bas, sume tanye saye pg x, saye ckp x pg, diorg frust...Then bgtau En Shukran yg incharge program ni, die ckp sy karate awak karang!!! Huhu sorry nak wat camne, sy de class sok

Last2 dpt tau En Shukran x pg, yg pg En Sayed yg ajar saya IT. Lorh klu mcm tu sok xde clas la, awat x habaq awai2. Errm En Shukran sy jd la pg, sy x tau En Sayed yg pg so sok xde clas la. Kamu niii!! saye bg 5 minit. Ape lg sepantas lipas kudung sy pun berlari ke bilik packing baju2. Dgn baju nak pg surau saye bertolak ke BP. x expect langsung semua blh berubah dlm sekelip mate. Maka bermulalah perjalanan kami ke BP. Its taking 12 hour to go there.

Setelah menempuhi beberapa RNR akhirnye kmi smpai di BP area jam 11 pagi. Sampai sne kmi check in n tdo2 msh awal tuk pendaftaran yg akan bermula kul 2 ptg ari tu.Dr luar hostel kt BP nampk hbt, ble dah msk, saye belajar untuk bersyukur kerana belajar di KPMSI yg memiliki kemudahan yg lbh baik dr BP, tu la bak kte pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri".

Hari ni xde pe yg pentg sgt, lps daftr kmi bt hal msg2. Msg2 berlatih pe2 yg patut. Mlm tu start briefing dr En Sayed, sambil melawak die pesan bnyk bende. Plg penting kmi jaga tingkah laku kmi n jage name kolej. Ok sir!

Hari Sabtu start pertandingan. First skali puisi, abs tu ktorng tengok nyanyian plk. Lastly mlm tu sketsa.
Balqis, Ude & Shira,puisi team

Hari Ahad ialah hr yg dinanti2kn. X sabar nak blk, teringat kat Fikri @ Eboy, si comel yg cerdik. Rindunye kt die....

Ahad tu majlis penutup, kami x menang pe2 pun , x pe guys its already done, try ur best for the next year!
Kami bertolak blk pkl 12.30 , smbhyg zohor n jamak asar kt masjid BP. Dlm bas En Sayed mcm pemandu pelancong, maklumla die skolah kt c2 dlu. Kmi lalu kt skolah lme En Sayed.Pastu En Sayed nak bwk kmi mkn soto kt tmpt yg best , tp mlgnye kdi 2 tutup, ermm xde rezeki nampknye. Lastly ktrg brhenti kt kilang keropok, mcm2 ada n harge pun murah2. Disbbkn dt x ready so bli ckt je.
Di hadapan masjid Bandar Penawar

Add caption

Otw dr kilang de accident, lori kelape sawit terblk ngan kerete Persona. Almost 3 hours kmi duk dlm bas, Jalan jam ditambah lg dgn sikap rakyat Malaysia yg xde civics minded lg la jam jalan tu.Even pun lme tggu dlm bas xde la bosan sgt, ble tengok perangai diorng sume yg gile2 n sporting. Rse mcm x krg gusi gelakkn diorg. En Sayed pun dah sekepale ngan diorg.



Area kul 5 ptg bru kmi bebas. Mse lalu kt kwsn accident nmpk de 3 plastik mayat. Innalillah....Perjalanan diteruskan. Sepanjang perjalanan kt Johor je ade 3 accident. Itu lah Malaysia x payah perang, tiap2 hari ramai mati sbb accident je, pe punce???? SIKAP

Pejam celik2 kul 5 pg ari Isnin sy terjage sbb terlalu sejuk, mse tu bas dah brhnti kt tp jalan, ingat sje2 je pakcik driver nak rehat . Rupe2nye bas da break down. Mse tu sejuk x tau nak ckp, mcm duduk dlm peti sejuk. Pandang sekeliling sume tido adoyaii di mana ku nak menumpang haba. Ahh x kire, Dina juniorku jd mangsa . Dlm 15 minit duduk ngan Dina, badan da ok ckit tp still menggigil.


Ble dah pagi turun dr bas terperanjat  tengok 5 org kwn2 kmi tidur kt ats rumput dek terlalu sejuk dlm bas.Then Pakcik bas call mntk tolong bas lain. X lme tu dtg bas MRSM angkut kmi pg RNR. Sampai kt KPMSI pukul 12.30 tgh hari cukup 24 jam kmi dalam bas. Mse nak sampai kolej kmi acting mcm budak2 skolah sbb kmi naik bas skolah. X boleh tahan En Sayed pun joint sekali "Okay murid2 lepas ni kte pg makan kt cafeteria ye...." Lawak2. Semua kenangan ni buat saye rase 24 jam yg berlalu di dalam bas x sia2, kmi mcm adik beradik.

entertainment, entertainment,entertainment.....

Ermm.... awal2 sem ni x busy sgt tambah pulak ramai lecturer yg pg bt test, lagilah bertambah keboringan. So ble dah boring2 or klu sunyi2 lagu Maher Zain mesti menjadi pilihan. Cakap pasal lagu, pastinye kte tau ianya salah satu bentuk hiburan.

Hiburan jika pandai disesuaikan pada masanya memang memberi ketenangan tapi kalau tak, jadi masalah . So pandai2 lah kte gunakan hiburan sbb baik buruk sesuatu perkara tu bergantung kpd cara kita.

Terigat zaman dolu2 mse gile dengar lagu Celine Dion dan seangkatan dgnnya. Saya dgn akk mmg mnt gle dgr lgu2 Inggeris yg sentimental n evergreen . Bkn sbb pe, melody diorg yg lembut dan sedap didengar , x mcm lagu2 skrg yg banyak melalut dan menambhkn pening kple, konon nak release tension padahal buat jiwa tambah kacau. So ble kitorg dah mnt pe lg, siang mlm, pg ptg, asyik2 lgu inggeris. Mula2 abah x ckp pe2 sbb abah pun mnt lgu2 yg sme.

Satu hari abah nasihat kami," Waktu kte tidur, roh kte akn keluar. Then ble roh kte kuar senang tuk bnd2 luar masuk. Klu kte dgr lagu2 yg de unsur2 yg x baik, unsur2 tu akn didik hati kte. Lebh2 lagi lagu2 inggeris yg banyak selitkn unsur2 sex, keganasn ,etc dlm lgu diorg. Serba sdkt bnde tu akan mmbntuk hati kte" 

Sejak dgr nasihat abah, saya mula cr sesuatu yg blh mndidik hati ke arah kebaikn dan saya bertemu dgn IKIM.FM. Bagi saya IKIM mmg medium hiburan islam yg  terbaik stakat ni.Bukan setakat hiburan tp IKIM mendidik jiwa kte melalui alunan zikir n bacaan Al-Quran. Jadi bagi saya mmg sgt sesuailah utk kte jadikn IKIM sbg halwa teliga sepanjg mase.

Ble ckp pasal IKIM, antra lgu2 yg menambat hati saya ialah lagu2 yg dinyanyikn oleh Maher Zain. Sblm ni x tau pun lagu Maher Zain sdp2, tp ble IKIM krp keluarkn lagu die , baru saya perasan lagu die mmg sdp2. Pe lg saya pun download la lagu2 die.



Klu dah download lagu biasenye saye akan download liriknye skali. Then sambil dengar lagu sambil bce lirik, ermm its really great, ble bce lirik sy dapat rase ianya dr hati, setiap lgunya mmpunyai maksud n cerita yg sangat bermakna n its really touch my heart. Bg saye inila yg dikatakan lagu yang mempunyai roh, lagu yang memberi semangat dan mendorong ke arah kebaikan.Sesuatu yg dtg dari hati yg ikhlas yg menyentuh hati yg lain.

Saturday, July 31, 2010

All about Abah


Dalam hidup saya abah ialah insan yang paling banyak mempengaruhi sehingga saya menjadi seperti hari ini. Abah ialah ayah terbaik di dunia dan akhirat. Of course! sume orang mesti cakap macam tu, ayah masing2 ialah ayah yang terbaik. Dulu saya tak macam ni, maklumlah diapit oleh hero2. 3 abang dan 3 adik lelaki. Ramai tak caye kalau saya cakap saya ni dulu ala2 tomboy. Tapi tula hakikatnya. Apeje yang abang dan adik saya buat mesti saya nak buat. Diorang panjat pokok saya pun nak panjat pokok. Diorang main bola sepak, saya pun main bola sepak. Tapi kat rumah je la , sebab diorang pun sebenarnya tak pandai main bola sepak huhu...
Kt sekolah pulak saya masuk KRS, lagilah bertambah perangai macam jantan.Actually abah tak suke saya macam tu, yela sape yang nak anak perempuan mereka cam lelaki kan? tapi abah tak cakap depan 2. Abah cakap kat arwah wan abah tak suke tengok cara saya jalan, macam lelaki. Mase tu tak tau nape , even wan yang sampaikan kata2 tu tapi seolah 2 abah yang sedang cakap depan saya. Kata2 tu terus menusuk kat hati. Sejak tu pelahan2 saya berubah. Then hari2 yang berlalu banyak benda yang saya belajar dari abah sehingga saya akhirnya sedar bahawa fitrah diri saya dilahirkan sebagai perempuan dan seharusnya saya berkelakuan sebagai seorang perempuan. Tu mase saya sekolah menengah. 
Sejak sekolah rendah lagi kata2 abah tak pernah saya lupe. Mase darjah 4 abah tegur saya pasal aurat. Dengan nada slow abah tanye, "Bile lagi nak pakai baju lengan panjang?". Macam yang saya cakap kata2 abah macam anak panah ,terus menusuk kat hati, sejak tu saya stop pakai baju lengan pendek. Macam tu jugak abah tegur akak saya bile abah tengok akak pakai seluar jeans yang agak ketat, abah bukan tak bagi pakai jeans, malah abah suke tengok orang pakai jeans. Probs die cume jeans tu ketat je. Abah tegur camni je ngan nada yang slow "Kaki tu dari jauh nampak macam batang buluh". Bile abah cakap macam tu faham la saya, abah tegur untuk jaga anak 2 perempuan abah untuk kebaikan kami. 
Selain daripada tu dari kecik lagi abah dah ajar kami tentang banyak perkara untuk dunia dan akhirat. Tentang akidah , politik,disiplin, sains dan macam2 lagi yang tak diajar di sekolah atau tempat2 lain. Kecik2 lagi abah dah didik kami tuk suke tengok berita, terutama berita dunia tuk tau perkembangan dunia. Abah selalu tekankan kami pasal penderitaan umat islam di Palestin dan paling penting abah ajar dan tanamkan rase cintakan Jihad fi Sabilillah.
Abah , terima kasih yang tak terhingga sebab ajarkan kami semua ni. Abah dah buat saya yakin dan berani untuk tempuhi hidup2 yang mendatang. Kata2 abah tentang berkawan sentiasa akan saya ingat. Abah pesan "Kalau nak berkawan dengan seseorang tengok siape kawan die. Kalau baik kawannye baik lah juge kite, kalau x baik kawannye, tak baik jugelah kite". Betul kate abah, macam hadis Rasulullah" Kawan yang baik seperti penjual minyak wangi, jika bersamanya, walaupun tak dapat minyak wanginya serba sedikit kita dapat baunya. Manakala kawan yang jahat seperti penempa besi. Jika kita bersamanya, walaupun tak dapat besi yang ditempa, serba sedikit kita akan berasa panasnya". Itulah abah . Abah bukan ustaz, tapi abah didik kami selaras dengan yang disuruh oleh syara'. 
Abah terima kasih sebab hari ni saya dah tak takut ke mana2 sebab abah cakap hanya Allah Yang berkuasa kat dunia ni, kita hanya berhak takut kat Allah. Terima kasih sebab hari ni saya dah tau politik islam,jadi saya dah tau pe patut saye undi. Terima kasih sebab hari ni saya dah tau ape batas2 pergaulan saya sesama masyarakat. Terima kasih sebab hari ni saya berjaya memimpin diri saya supaya tak terjebak ke arah perkara2 yang tak elok sebab abah dah ajar ilmu kepimpinan. Terima kasih sebab hari ni abah dah buat saya tak lupa untuk mendoakan saudara2 kita di Palestin. Terima kasih sebab buat saya tak sabar nak joint sukarelawan Palestin macam dalam kapal Mavi Malmara, bahagianya mereka yang syahid dalam kapal tu kan? Yang paling penting terima kasih sebab abah dah buat saya tak sabar nak jadi macam Ayat Akrash! Terima kasih untuk segalanya abah. Im really proud be your daughter!!!!!!!!!!