Saturday, August 28, 2010

Tatkala Syahadah Dilafazkan.....



27  August 2010..
Sebenarnya tak plan pun nak pergi joint usrah, tapi mugkin Allah nak saya menjadi salah seorang yang menghadirinya hari ini, saya pun bertolak ke masjid Seri Iskandar dalam pukul 9.30 pagi bersama dengan Dila dan Salwa. Sampai di sana kami agak segan kerana datang lewat. tapi buat selamba je masuk dan terus mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di UK.

Topik yang dibincangkan waktu itu ialah kategori atau level2 Islam umat Islam zaman sekarang. Menurutnya terdapat beberapa level umat Islam pada zaman sekarang. level pertama ialah MA iaitu Muslim Amatur, mase ni saya baru sampai  tak beberapa fokus jadi tak dapat clear point tentang level ni.

Level kedua ialah MB, stand for Muslim Basic. MB ni kire muslims pada nama je la yang tak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar

Ke empat ialah MC, Muslim with Commitments iaitu muslims yang tak tinggal solat,selalu bace Al Quran tapi masih berfahaman sekularisme atau fahaman2 lain yang bukan totaly Islam.

Yang kelima MD, Muslims Daie, iaitu muslims yang memiliki ciri2 MC kecuali berfahaman Islam yang sebenar tetapi tak dapat menumpuksn 100% dengan kerja2 dakwah kire macam part-time.

Yang keenam dan terakhir ialah ME, Muslim Extreme. ME nilah yang sepatutnye kite jadi dan jangan takut untuk menggunakan perkataan ekstrem dalam mencapai tahap muslim yang maksimum. Ektrem di sini sebenarnya bermaksud kite perlu mempunyai semangat yang tinggi untuk mendalami Islam , perlu sentiasa consistent dan memberikan 100% tumpuan pada dakwah.

Di manakah level kita? sama-samalah kita fikirkan .  Andai kita dikalangan muslim A,B,C atau E, janganlah sentiasa ingin di takuk lama berusahalah untuk menjadi Muslim E. Saya menginagtkan diri saya dan semua mualim di luar sana.

Zaman sekarang susah nak berdakwah dengan oang kafir. kenapa? sebab adanya golongan2 seperti MA,MB,MC dan ME. Orang islam sendiri yang memberikan gambaran negatif tentang Islam. jadi sebelum berdakwah pada orang kafir, langkah pertama kita ialah berdakwah pada golongan2 D,C,B dan A. Golongan2 ini dahulu perlu diperjelaskan tentang hala tuju hidup kita. Jika dakwah ini berjaya jadi mudahlah kerja dakwah untuk orang kafir kerana jumlah ME itu sudah ramai, golongan yang sudah jelas tentang tujuan hidup yang dapat menjadi contoh kepada orang lain.

Kenapa dakwah? Inilah perkara pokok yang berkaitan dengan tajuk kali ni.Refresh balik satu kisah, sahabat nabi SAW, Abu Zar. Sebaik mengucap kalimah syahadah, Abu Zar menggigil seketika, kenapakah Abu Zar berkeadaan sedemikian?

Hakikatnya maksud syahadah itu bukanlah hanya sekadar lafaz yang menyakini seseorang itu merupakan seorang Islam sebaliknya di situ telah tersandar satu amanah untuk menjadi saksi kepada Allah dan RasulNya. Saksi untuk apa? saksi untuk membuktikan kebenaran Islam, kebenaran kesucian agama yang diwahyukan ini oleh Allah kepada Rasulullah.

Bagaimana? Dengan menyampaikan dakwah .Penyampaian dakwah itu paling penting ialah buktinya bukan hanya dengan kata2. Analoginya ialah seperti produk perlangsingan Dr Rozmey. Jika Dr Rozmey hanya mengatakan tentang keberkesan produknya, orang belum tentu percaya tetapi apa yang dilakukan oleh Dr Rozmey? Dia bawa buktinya sekali, testimoninya. Di sini jelaslah kata2 beserta bukti itu adalah sangat penting dalam menyebarkan dakwah.

Hari ini betul2 menyedarkan saya bahawa pentingnya tugas dakwah ini dilaksanakan lebih2 lagi bagi mereka yang telah  dianugerahkan ilmu pendakwahan. Dan celakalah bagi mereka yang mengetahuinya tetapi tidak beramal dengan lmu tersebut dan menyebarkannya pada orang lain.

Saya rasa menyesal kerana sebelum ni saya selalu skip usrah. Saya tersepit di antara tugas saya sebagai seorang pelajar dan tugas untuk berdakwah. Sekarang saya tahu kalau kita utamakan tanggungjawab kita kepada agama, Insha'Allah yang lain settle, yang penting saya kene yakin.

Saya juga baru sedar yang kita selama ni , dah dikaburkan oleh Yahudi untuk utamakan dunia dengan timbulkan keadaan macam sekarang, kalau tak belajar tinggi2 kite tak dapat kerja, so kite pun sibuk belajar sampai kadang2 tak hirau solat, makan n minum, sebab ape? sebab nak pandai, nanti tak dapat kerja. Padahal yang paling penting kite tau ialah kite belajar sebab nak ilmu. Kenapa nak ilmu? sebab menuntut ilmu itu adalah tuntutan agama. Pasal kerja, kan Allah yang bagi rezeki kat kite, so nape nak risau sangat, yang penting kite kene usaha.

Rasenye cukup sampai sini dulu perkongsian yang dapat dikongsikan dengan anda semua, sebelum tu saya nak ingatkan pada anda semua agar kita bersama2 mengimprovekan diri dengan ilmu untuk mengimprovekan iman supaya kita dapat mengimprovekan orang lain.

Hari ni saya rase bertuah sangat sebab Allah izinkan saya untuk memperolehi ilmu pada hari Jumaat ni, penghulu segala hari dan yang paling penting hari ni hari Nuzul Quran.

Setiap kali saya sembahyang dan waktu mengucap dua kalimah syahadah, saya akan mengingati tanggungjawab saya untuk berdakwah.

No comments:

Post a Comment