Friday, November 19, 2010

Kesedihan petang Khamis, Kegembiraan pagi Jumaat

Hari Khamis ni saya ade presentation IT. Tapi apelah nasib, lattop buat hal last2 minute. Sedihnye. IT ni actually subject yg saya score sejak mula 2 belajar dulu. Kalau dulu masalah installation sql, ok fine. Sekarang da boleh install, lattop pulak menggedik2 , nasib baik la saya masih bersabar. Last2 nangis la.

Saya memang nak dapat D untuk subject ni, untuk tebus kegagalan saya dulu. Lagi pulak saya memang minat subject computing. Sekali lattop wat hal, hancur harapan saya. Waktu solat Asar pun saya rasa tak kusyuk, asyik nangis je. Inilah tahap ketensionan yang paling teruk pernah saya rasa. Badan rase lesu sangat.Lepat solat maghrib, saya nangis puas2. Sedih betul!

Disebabkan keletihan yang melampau, lepas solat Isyak, saya terus tidur. Tepat jam 12.50 mlm baru bangun balik, solat tahajjud, solat sunat taubat dan sambung buat assignment. Lebih kurang pukul 1 lebih, tiba2 dapat call dari budak rumah, mintak ikut balik tuk selesaikan masalah yang dah lame berlarutan.Ade isu baru pulak. Makin bertambah hot, masalah.

Sampai kt rumah sewa,si D bertanya pada si A, apa yang si A x puas hati sampi menimbulkan isu x. Terjadi la sedikit bau2 perang mulut. Setelah selesai D meluahkan segala isi hati pada A, D bertanya pada A apa lg yang A tak puas hati dengan D.A cakap takde ape2. Akhirnya berlakulah sesi muhasabah yang sepatutnya dah lama berlaku. Setiap orang meluahkan masalah masing2, terus terang tentang kelebihan dan kekurangan masing2 dan saling menasihati antara satu sama lain. Saya rasa seronok sangat pagi tu tengok semua da sedar dan akui kesalahan masing2 dan bermaaf2an.

Kalaulah perkara ni berlaku awal lagi kan seronok. Tapi ape2 pun ade hikmah setiap yang berlaku. Saya seronok tengok adik2 saya dah bersatu. pagi tu kami sama2 nangis bile dengar impian Nashua nak jadi gadis yang berpurdah satu hari nanti.Saya pun suka tengok amy nangis sebab terharu , makin comel, bukan senang nak tengok amy nangis.Saya bahagia tegok adik2 saya bahagia. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan saya juga.

Sekarang seorang demi seorang ahli rumah da balik, ermm tak taula bila lagi boleh jumpa. Apapun saya doakan yang terbaik untuk mereka semua, im very happy with you all. Thank you for every moment share with me. I love you all so much. Hope this friendship will lasting forever .

Alhamdulillah pagi Jumaat ni, semuanya bermula dengan kebaikan, kegembiraan dan paling penting keberkatan. Untuk system IT pun dah boleh run.Thank you Allah, thank you Allah, thank you Allah, we find our way.
Same2 beraya di peranrauan

Project u all waktu i xde kt bilik!
Thanks for you concern!
 Last moment of raya together
Bersama gapai kejayaan!

2 comments: