Saturday, October 23, 2010

Apabila Diri Sendiri Di soal

Last weekend, saya jadi sukarelawan mewakilili Raudatul Sakinah untuk menemuramah orang ramai tentang gejala sosial di Malaysia seperti zina dan buang anak di UTP sempena konvokesyen week.Target audience ialah Chinese, Malay, Indian ,outsider ( bukan warga UTP) dan foreigner. Pengalaman ini bagi saya adalah sangat berharga kerana ianya dapat membantau saya meningkatkan lagi communication skill, dapat praktikkan English di samping menambahkan ilmu pengetahuan.

Antara soalan yang saya ajukan ialah apakah pandangan anda tentang gejala sosial di Malaysia? Apakah punca masalah tersebut berlaku? dan dari sudut pandangan agama masing2, apakah yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut?.

Di sepanjang temuramah tersebut macam2 jawapan yang saya terima. Suka saya berkongsi jawapan seorang sahabat yang saya kenal, apabila saya tanya jika sahabat masing2 sendiri buat maksiat depan mata, apa tindakan kita, nak tegur ke tidak? Jawab sahabat tersebut, tak tahu la????. Dalam hati saya tertanya2 takkan tak tahu???

Selepas habis temuramah, hasil tersebut dikumpulkan untuk dijadikan bahan kajian. Sementara masih ada masa, saya dan 2 lagi rakan sekolej yang turut serta mula berborak. Seorang rakan saya ini menceritakan tentang sahabat di rumah tempat dia menginap. Dia menceritakan tentang sahabat tersebut yang sudah mula memindahkan barangnya serba sedikit untuk menginap di rumah teman lelakinya, dengan kata lain mereka bersekedudukan. Katanya lagi hal tersebut perlu dirahsiakan. Saya mengangguk tapi mengatakan bahawa saya tidak akan memberitahu orang lain, tapi jawab saya, jika ada pegawai agama saya akan suruh mereka pergi ke rumah mereka(pasangan bersekedudukan).

Balik saja ke hostel saya berkongsi pengalaman saya berkaitan tugas saya. Bila banyak kali berkongsi, tiba2 saya teringat kembali tentang perasaan saya apabila sorang sahabat tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika sahabat mereka buat maksiat di hadapan mereka. Saya baru tersedar, saya begitu mudah menyoal dan berperasaan begitu mendengar jawapan orang lain kerana saya tidak menghadapinya. Saya juga baru tersedar Allah sedang bertanya pada saya, apakah tindakan saya setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh sahabat saya.Walaupun saya tidak melihat dengan mata sendiri, saya yakin dengan maklumat yang saya terima kerana sebelum ini ramai telah memberitahu saya tentang perkara yang lebih teruk dari itu. Malam itu saya tak dapat tidur memikirkan hal tersebut.

Saya terasa dilema, jika saya bertindak , pastinya ia akan melibatkan sahabat saya. Jika saya berdiam diri, saya bersubahat, sedangkan perkara yang dilakukan adalah dosa besar dan terkutuk. Waktu itu saya teringat kata2 ini yang sering berkumandang di radio IKIM yang terbuka 24 jam di bilik:

"Barangsiapa yang mencari rela Allah, yakni redha Allah dengan marahnya manusia,
nescaya dia akan dicukupkan dari perbelanjaan manusia, 
dan barangsiapa yang mencari redha manusia dengan murkanya Allah,
nescaya dia akan dikembalikan kepada manusia!"

Mengingatkan kata2 ini, saya jadi nekad, biarlah hilang kawan asalkan kita tegakkan kebenaran! Walaubagaimanapun saya tidak menyatakan dengan jelas samada mereka berzina atau apa2 pun kerana saya tidak melihat dengan mata sendiri, takut kelak akan membinasakan diri sendiri. Sebagai langkah berjaga2 saya hanya memberitahu maklumat yang saya perolehi kepada pihak2 yang bertanggungjawab atas keterbatasan saya melakukan tindakan yang selanjutnya. Selepas ini terpulanglah pada pihak bertanggungjawab tersebut untuk melakukan apa saja tindakan dari laporan saya, yang penting saya sudah menjalankan tanggungjawab saya sewajarnya.

No comments:

Post a Comment