Hari demi hari saya hidup kat dunia ni, macam2 transformasi berlaku pada diri saya. Walaubagaimanapun saya sangat bersyukur kerana hari ini saya sudah mempunyai kesedaran tentang hidup. Bagaimana saya harus hidup di dunia ini.
Transformasi pertama,(12-15 tahun)
Dari seorang anak kecil yang hanya tau main buaian dan kejar2, saya menjadi seperti seorang Tomboy, tapi tak totally la. Tapi bagi saya zaman ni zaman Jahilliah saya la. Penamat zaman Jahilliah saye ialah setelah mendengar kata2 keramat abah saye.
Transformasi kedua,(15-19 tahun)
Mase ni saya seorang yang ektremis, tak suke tengok orang couple2, pakai baju ketat n buat benda2 yang tak patut. Kalau nampak je orang couple, lebih2 lagi kawan2 sekolah, saya mesti kutuk orang tu gile2.
Transformasi ketiga,(20-sekarang)
Bile masuk je kolej, banyak bende baru yang saye belajar bile jumpe orang2 baru. Kat sini juga banyak mengubah hidup saye. Kat sini saya belajar hidup besederhana. Dulu kalau orang buat jahat kat kite saya selalu kutuk orang tu balik. Tapi abang cakap buat ape kite kutuk balik, kalau macam tu kite same je macam diorang, kite doakan je diorang berubah jadi baik. Ayat power abang saya sentiasa di ingatan sampai sekarang.
Paling penting saye nak cakap kat sini ialah sebenarnya tak de manusia yang sempurna selain Nabi Muhammad. Bile orang buat salah kite jangan benci kat orang tu. Mungkin dia buat salah tu sebab kurang ilmu tentang benda yang die buat. jadi sebaiknye kite hidup di dunia ni kene saling ingat meningati. Kite kene sentiasa sedar diri bahawa kite sendiri tak sempurna, tiap hari kite buat dosa.Yang berbeze cuma banyak atau sikit je.Kadang2 kite nampak orang lain tak bertudung kite tak nak kawan, padahal orang tu mungkin lebih baik dari kite , dan kite tak tau orang tu tak pakai tudung sebab pe? mungkin family diorang x pernah suruh ke? atau pe2 je. Sepatutnya tugas kite kat situ ialah dekati diorang dan ajak diorang buat bende baik bukan mengutuk tak tentu pasal.
Macam yang saya alami dulu, sebab ego macam lelaki nak jadi lelaki, bile saya sedar fitrah diri saye , saya berubah menjadi diri saye sekarang.
Saye sedih bile kadang2 de orang datang bercerita kat saye tentang keburukan orang lain dan senang2 nak benci orang lain sesuka hati.Kenape sampai macam tu sekali. Tolonglah, benci perangai buruk orang boleh tapi jangan benci orangnye. Dan paling penting sedar diri sendiri yang banyak kekurangan.
Walaupun kita tak mampu sampai ke level perfect, tapi jangan jadikan ia alasan untuk mengelat dari kebenaran dan menghalalkan kemungkaran.Kita memang tak boleh jadi perfect, tapi sekurang2nya kita cuba untuk jadi perfect. ermmm pening ke ayat ni? Saya yakin anda faham.
Sunday, August 29, 2010
Saturday, August 28, 2010
Tatkala Syahadah Dilafazkan.....
27 August 2010..
Sebenarnya tak plan pun nak pergi joint usrah, tapi mugkin Allah nak saya menjadi salah seorang yang menghadirinya hari ini, saya pun bertolak ke masjid Seri Iskandar dalam pukul 9.30 pagi bersama dengan Dila dan Salwa. Sampai di sana kami agak segan kerana datang lewat. tapi buat selamba je masuk dan terus mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di UK.
Topik yang dibincangkan waktu itu ialah kategori atau level2 Islam umat Islam zaman sekarang. Menurutnya terdapat beberapa level umat Islam pada zaman sekarang. level pertama ialah MA iaitu Muslim Amatur, mase ni saya baru sampai tak beberapa fokus jadi tak dapat clear point tentang level ni.
Level kedua ialah MB, stand for Muslim Basic. MB ni kire muslims pada nama je la yang tak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar
Ke empat ialah MC, Muslim with Commitments iaitu muslims yang tak tinggal solat,selalu bace Al Quran tapi masih berfahaman sekularisme atau fahaman2 lain yang bukan totaly Islam.
Yang kelima MD, Muslims Daie, iaitu muslims yang memiliki ciri2 MC kecuali berfahaman Islam yang sebenar tetapi tak dapat menumpuksn 100% dengan kerja2 dakwah kire macam part-time.
Yang keenam dan terakhir ialah ME, Muslim Extreme. ME nilah yang sepatutnye kite jadi dan jangan takut untuk menggunakan perkataan ekstrem dalam mencapai tahap muslim yang maksimum. Ektrem di sini sebenarnya bermaksud kite perlu mempunyai semangat yang tinggi untuk mendalami Islam , perlu sentiasa consistent dan memberikan 100% tumpuan pada dakwah.
Di manakah level kita? sama-samalah kita fikirkan . Andai kita dikalangan muslim A,B,C atau E, janganlah sentiasa ingin di takuk lama berusahalah untuk menjadi Muslim E. Saya menginagtkan diri saya dan semua mualim di luar sana.
Zaman sekarang susah nak berdakwah dengan oang kafir. kenapa? sebab adanya golongan2 seperti MA,MB,MC dan ME. Orang islam sendiri yang memberikan gambaran negatif tentang Islam. jadi sebelum berdakwah pada orang kafir, langkah pertama kita ialah berdakwah pada golongan2 D,C,B dan A. Golongan2 ini dahulu perlu diperjelaskan tentang hala tuju hidup kita. Jika dakwah ini berjaya jadi mudahlah kerja dakwah untuk orang kafir kerana jumlah ME itu sudah ramai, golongan yang sudah jelas tentang tujuan hidup yang dapat menjadi contoh kepada orang lain.
Kenapa dakwah? Inilah perkara pokok yang berkaitan dengan tajuk kali ni.Refresh balik satu kisah, sahabat nabi SAW, Abu Zar. Sebaik mengucap kalimah syahadah, Abu Zar menggigil seketika, kenapakah Abu Zar berkeadaan sedemikian?
Hakikatnya maksud syahadah itu bukanlah hanya sekadar lafaz yang menyakini seseorang itu merupakan seorang Islam sebaliknya di situ telah tersandar satu amanah untuk menjadi saksi kepada Allah dan RasulNya. Saksi untuk apa? saksi untuk membuktikan kebenaran Islam, kebenaran kesucian agama yang diwahyukan ini oleh Allah kepada Rasulullah.
Bagaimana? Dengan menyampaikan dakwah .Penyampaian dakwah itu paling penting ialah buktinya bukan hanya dengan kata2. Analoginya ialah seperti produk perlangsingan Dr Rozmey. Jika Dr Rozmey hanya mengatakan tentang keberkesan produknya, orang belum tentu percaya tetapi apa yang dilakukan oleh Dr Rozmey? Dia bawa buktinya sekali, testimoninya. Di sini jelaslah kata2 beserta bukti itu adalah sangat penting dalam menyebarkan dakwah.
Hari ini betul2 menyedarkan saya bahawa pentingnya tugas dakwah ini dilaksanakan lebih2 lagi bagi mereka yang telah dianugerahkan ilmu pendakwahan. Dan celakalah bagi mereka yang mengetahuinya tetapi tidak beramal dengan lmu tersebut dan menyebarkannya pada orang lain.
Saya rasa menyesal kerana sebelum ni saya selalu skip usrah. Saya tersepit di antara tugas saya sebagai seorang pelajar dan tugas untuk berdakwah. Sekarang saya tahu kalau kita utamakan tanggungjawab kita kepada agama, Insha'Allah yang lain settle, yang penting saya kene yakin.
Saya juga baru sedar yang kita selama ni , dah dikaburkan oleh Yahudi untuk utamakan dunia dengan timbulkan keadaan macam sekarang, kalau tak belajar tinggi2 kite tak dapat kerja, so kite pun sibuk belajar sampai kadang2 tak hirau solat, makan n minum, sebab ape? sebab nak pandai, nanti tak dapat kerja. Padahal yang paling penting kite tau ialah kite belajar sebab nak ilmu. Kenapa nak ilmu? sebab menuntut ilmu itu adalah tuntutan agama. Pasal kerja, kan Allah yang bagi rezeki kat kite, so nape nak risau sangat, yang penting kite kene usaha.
Rasenye cukup sampai sini dulu perkongsian yang dapat dikongsikan dengan anda semua, sebelum tu saya nak ingatkan pada anda semua agar kita bersama2 mengimprovekan diri dengan ilmu untuk mengimprovekan iman supaya kita dapat mengimprovekan orang lain.
Hari ni saya rase bertuah sangat sebab Allah izinkan saya untuk memperolehi ilmu pada hari Jumaat ni, penghulu segala hari dan yang paling penting hari ni hari Nuzul Quran.
Setiap kali saya sembahyang dan waktu mengucap dua kalimah syahadah, saya akan mengingati tanggungjawab saya untuk berdakwah.
Saturday, August 21, 2010
eBoy..oh eBoy
Fikri @ Eboy actually sorang budak berumur 5 tahun yang sangat comel dan cerdik. Siape Fikri?? Tanyalah Fikri sendiri. "Awak anak sape?", tanye En. Nazri ,kaunselor kolej kami. "Anak makcik kantin (cafe)". "Name siape?" Sambil menunjukkan jarinya, Fikri membilang, "name ite ade Fikeri, Azerul,Adik ngan Eboy. Ade 4 name ite" itulah jawapan Fikri setiap kali ditanye tentang namanye.
Pertama sekali berjumpa dengan Fikri ialah pada satu malam sedang makan dengan Zaety kat cafe pada awal sem ni. Sambil makan saya perhati gelagat Fikri yang sangat mudah berkawan dan comel. Dalam hati tertanya2 sape budak nie? comelnye. Bile Fikri lalu je kat meja tempat saya makan, saya terus panggil die dan tanye name die. Dengan malu2 Fikri memberi jawapan seperti yang diberikan kepada En Nazri. Sejak hari tu,kalau boleh hari-hari nak jumpa Fikri.
Kalau dulu Fikri rapat dengan Achik sorang junior kat kolej . Bile saya dah slalu bawak die pergi jalan2 n tiap petang bawak die tengok orang main kat dewan, die dah rapat ngan saye. Ermmm, itulah saye dengan budak2, maklum la anak buah jauh dari mata. Tak dapat jumpe anak buah pun x pe la , Fikri la penggantinya.
Dulu ingat lagi,sebelum ada anak buah sendiri saya takut nak pegang baby n nak main ngan budak2 kecik. Tapi bile dah ade anak buah sendiri,hah !tak boleh berenggang, kalau boleh orang lain xleh pegang saye je boleh. Tapi sayangnye mereka duduk jauh, abang kat Maran, akak pulak kat Seremban 2. Seremban2 bunyik macam dekat je dgn rumah. Agak dekat, tapi akak tak selalu balik bawak anak2 die, nie yang bertambah rindu kat diorang nih..huhu.
Ditakdirkan kat kolej berjumpe dengan Fikri, hurmm inilah peluangnye nak lepaskan rindu. Itulah hari2 saya di kolej, hidupku ceria dengan kehadiran Fikri .Ingat lagi kecerdikan Fikri bile die bercerite dirumahnye ade CD cerita Pocong. Saye cube uji die,"kalau Pocong datang rumah Fikri ,takut x?" jawab Fikri" x takut, rumah ite ade Quran, t bce Quran die lari lah". Wah Fikri memang cerdik. Selain cerdik saya lihat Fikri telah dididik untuk berani dan berdikari sejak kecil lagi. Die tahu jadual harian yang patut dilakukan, lepas main kadang2 makan malam dengan kami, lepas tu pergi solat Maghrib.
Bile suruh Fikri mengira 1,2,3 Fikri boleh kire. Suruh pulak Fikri kire one,two,three, Fikri boleh. Suruh bace alif,ba,ta Fikri boleh bace jugak. Suruh bace doa belajar, makan,habis makan dan macam2 lagi, semua Fikri boleh bace. Satu hari Fikri sendiri nak tulis name die sendiri ,"ite pandai tulis name ite" . Saye pun beri pensil dan kertas. Memang betul Fikri pandai tulis name die.
Ape yang buat saya suke tentang Fikri ialah die tak macam budak2 yang lain yang slalu nak itu, ini. Bukan berkira tapi budak2 memang tak boleh diajar meminta2 dengan orang.Fikri memang tak pernah minta ape2 kecuali saya sendiri yang bagi. Fikri tak pernah takut nak ke mana dan tak mengira waktu. Fikri pergi surau sorang2 dalam gelap, x pernah ade orang teman pun. Kalau saye tak bawak Fikri ke dewan pun Fikri boleh pergi sendiri.
Saya membahasakan diri dengan Fikri sebagai kak Shara, padahal saya dah boleh digelar makcik huhu, xpela rase mude sikit.Kalau Zaety ke cafe tanpa ditemani saye Fikri mesti tanye. Macam tu jugak saye kalau pergi cafe mesti cari Fikri dulu. Kawan2 saye pun dah masak dengan perangai saye sampai diorang cakap Fikri tu anak angkat saye.Ermm actually saye dah anggap Fikri tu macam anak saye sendiri.
Ingat lagi mse saye pergi KPM Bandar Penawar kat Johor. Sebenarnye serba sedikit hati berat nak pergi sebab tak dapat jumpe Fikri selame 3 ari. Sebab tu hari terakhir di sana ialah hari yang saye nanti2kan. Sampai saje di kolej saye terus bawa coklat yang saye janjikan nak beri Fikri pada hari Khamis sblm bertolak ke BP. Padahal mase tu baru pukul 12.30,Fikri tak balik dari sekolah lagi. X kire nak jumpe jugak. Sampai2 betullah Fikri x balik lagi.....Kecewa. Macam tulah kalau kite dah sayangkan seseorang kan?Sehari tak jumpe rase semacam je, ade je yang x kene......tapi hanya untuk insan2 terpilih seperti Fikri.
Tuesday, August 10, 2010
KPM Bandar Penawar-KPM Seri Iskandar, A Long Journey
Hari Khamis lepas tbe2 Zaety call tnye nak pg KPMBP tuk program kemerdekaan x sbb ade kosong lg 2 tmpt. Dgn jawapan bidan terjun, saya terus ckp nak pg. Lps tu bru saye terfikir blk yg presentation subjek AP x buat lg, then esok de clas IT,takut tertinggal, ayooo. Saye pun cancel pg BP.Time tolong hntr brg Zaety atas bas, sume tanye saye pg x, saye ckp x pg, diorg frust...Then bgtau En Shukran yg incharge program ni, die ckp sy karate awak karang!!! Huhu sorry nak wat camne, sy de class sok.
Last2 dpt tau En Shukran x pg, yg pg En Sayed yg ajar saya IT. Lorh klu mcm tu sok xde clas la, awat x habaq awai2. Errm En Shukran sy jd la pg, sy x tau En Sayed yg pg so sok xde clas la. Kamu niii!! saye bg 5 minit. Ape lg sepantas lipas kudung sy pun berlari ke bilik packing baju2. Dgn baju nak pg surau saye bertolak ke BP. x expect langsung semua blh berubah dlm sekelip mate. Maka bermulalah perjalanan kami ke BP. Its taking 12 hour to go there.
Setelah menempuhi beberapa RNR akhirnye kmi smpai di BP area jam 11 pagi. Sampai sne kmi check in n tdo2 msh awal tuk pendaftaran yg akan bermula kul 2 ptg ari tu.Dr luar hostel kt BP nampk hbt, ble dah msk, saye belajar untuk bersyukur kerana belajar di KPMSI yg memiliki kemudahan yg lbh baik dr BP, tu la bak kte pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri".
Hari ni xde pe yg pentg sgt, lps daftr kmi bt hal msg2. Msg2 berlatih pe2 yg patut. Mlm tu start briefing dr En Sayed, sambil melawak die pesan bnyk bende. Plg penting kmi jaga tingkah laku kmi n jage name kolej. Ok sir!
Hari Sabtu start pertandingan. First skali puisi, abs tu ktorng tengok nyanyian plk. Lastly mlm tu sketsa.
Balqis, Ude & Shira,puisi team |
Hari Ahad ialah hr yg dinanti2kn. X sabar nak blk, teringat kat Fikri @ Eboy, si comel yg cerdik. Rindunye kt die....
Ahad tu majlis penutup, kami x menang pe2 pun , x pe guys its already done, try ur best for the next year!
Kami bertolak blk pkl 12.30 , smbhyg zohor n jamak asar kt masjid BP. Dlm bas En Sayed mcm pemandu pelancong, maklumla die skolah kt c2 dlu. Kmi lalu kt skolah lme En Sayed.Pastu En Sayed nak bwk kmi mkn soto kt tmpt yg best , tp mlgnye kdi 2 tutup, ermm xde rezeki nampknye. Lastly ktrg brhenti kt kilang keropok, mcm2 ada n harge pun murah2. Disbbkn dt x ready so bli ckt je.
Di hadapan masjid Bandar Penawar |
Otw dr kilang de accident, lori kelape sawit terblk ngan kerete Persona. Almost 3 hours kmi duk dlm bas, Jalan jam ditambah lg dgn sikap rakyat Malaysia yg xde civics minded lg la jam jalan tu.Even pun lme tggu dlm bas xde la bosan sgt, ble tengok perangai diorng sume yg gile2 n sporting. Rse mcm x krg gusi gelakkn diorg. En Sayed pun dah sekepale ngan diorg.
Area kul 5 ptg bru kmi bebas. Mse lalu kt kwsn accident nmpk de 3 plastik mayat. Innalillah....Perjalanan diteruskan. Sepanjang perjalanan kt Johor je ade 3 accident. Itu lah Malaysia x payah perang, tiap2 hari ramai mati sbb accident je, pe punce???? SIKAP
Pejam celik2 kul 5 pg ari Isnin sy terjage sbb terlalu sejuk, mse tu bas dah brhnti kt tp jalan, ingat sje2 je pakcik driver nak rehat . Rupe2nye bas da break down. Mse tu sejuk x tau nak ckp, mcm duduk dlm peti sejuk. Pandang sekeliling sume tido adoyaii di mana ku nak menumpang haba. Ahh x kire, Dina juniorku jd mangsa . Dlm 15 minit duduk ngan Dina, badan da ok ckit tp still menggigil.
Ble dah pagi turun dr bas terperanjat tengok 5 org kwn2 kmi tidur kt ats rumput dek terlalu sejuk dlm bas.Then Pakcik bas call mntk tolong bas lain. X lme tu dtg bas MRSM angkut kmi pg RNR. Sampai kt KPMSI pukul 12.30 tgh hari cukup 24 jam kmi dalam bas. Mse nak sampai kolej kmi acting mcm budak2 skolah sbb kmi naik bas skolah. X boleh tahan En Sayed pun joint sekali "Okay murid2 lepas ni kte pg makan kt cafeteria ye...." Lawak2. Semua kenangan ni buat saye rase 24 jam yg berlalu di dalam bas x sia2, kmi mcm adik beradik.
entertainment, entertainment,entertainment.....
Ermm.... awal2 sem ni x busy sgt tambah pulak ramai lecturer yg pg bt test, lagilah bertambah keboringan. So ble dah boring2 or klu sunyi2 lagu Maher Zain mesti menjadi pilihan. Cakap pasal lagu, pastinye kte tau ianya salah satu bentuk hiburan.
Hiburan jika pandai disesuaikan pada masanya memang memberi ketenangan tapi kalau tak, jadi masalah . So pandai2 lah kte gunakan hiburan sbb baik buruk sesuatu perkara tu bergantung kpd cara kita.
Terigat zaman dolu2 mse gile dengar lagu Celine Dion dan seangkatan dgnnya. Saya dgn akk mmg mnt gle dgr lgu2 Inggeris yg sentimental n evergreen . Bkn sbb pe, melody diorg yg lembut dan sedap didengar , x mcm lagu2 skrg yg banyak melalut dan menambhkn pening kple, konon nak release tension padahal buat jiwa tambah kacau. So ble kitorg dah mnt pe lg, siang mlm, pg ptg, asyik2 lgu inggeris. Mula2 abah x ckp pe2 sbb abah pun mnt lgu2 yg sme.
Satu hari abah nasihat kami," Waktu kte tidur, roh kte akn keluar. Then ble roh kte kuar senang tuk bnd2 luar masuk. Klu kte dgr lagu2 yg de unsur2 yg x baik, unsur2 tu akn didik hati kte. Lebh2 lagi lagu2 inggeris yg banyak selitkn unsur2 sex, keganasn ,etc dlm lgu diorg. Serba sdkt bnde tu akan mmbntuk hati kte"
Sejak dgr nasihat abah, saya mula cr sesuatu yg blh mndidik hati ke arah kebaikn dan saya bertemu dgn IKIM.FM. Bagi saya IKIM mmg medium hiburan islam yg terbaik stakat ni.Bukan setakat hiburan tp IKIM mendidik jiwa kte melalui alunan zikir n bacaan Al-Quran. Jadi bagi saya mmg sgt sesuailah utk kte jadikn IKIM sbg halwa teliga sepanjg mase.
Ble ckp pasal IKIM, antra lgu2 yg menambat hati saya ialah lagu2 yg dinyanyikn oleh Maher Zain. Sblm ni x tau pun lagu Maher Zain sdp2, tp ble IKIM krp keluarkn lagu die , baru saya perasan lagu die mmg sdp2. Pe lg saya pun download la lagu2 die.
Klu dah download lagu biasenye saye akan download liriknye skali. Then sambil dengar lagu sambil bce lirik, ermm its really great, ble bce lirik sy dapat rase ianya dr hati, setiap lgunya mmpunyai maksud n cerita yg sangat bermakna n its really touch my heart. Bg saye inila yg dikatakan lagu yang mempunyai roh, lagu yang memberi semangat dan mendorong ke arah kebaikan.Sesuatu yg dtg dari hati yg ikhlas yg menyentuh hati yg lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)