Tuesday, June 16, 2015

Bismillahhirahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt,

Ku kembali dan berharap dapat meneruskan penulisan dalam ruangan ini,
Moga dipermudahkan segala usaha untuk sama-sama menyebarkan Ilmu Allah...
Insya' Allah...

Wassalam

Ini Wadah Perjuanganku.....



Menyelusuri detik-detik menceburi bidang politik secara rasmi, bermula pertengahan Februari yang lalu, saya ambil keputusan muktamad berhenti kerja dan berkhidmat untuk PAS Kawasan Jelebu. Impian sekian lama saya untuk berbakti pada PAS, untuk sama-sama berjuang, jalannya telah terbentang luas di depan mata, tanpa perlu berfikir apa-apa lagi saya terus mengambil peluang tersebut, dan bermulalah kehidupan saya mengabadikan diri melaksanakan tugas dan operasi PAS. Mengenali dan cuba memahami seorang demi seorang kepimpinan PAS Kawasan, hari demi hari sehinggalah hari ini, corak dan warna mereka pelbagai, kesibukan dan segala permasalahan yang terjadi dalam parti baik di peringkat cawangan, kawasan dan pusat, sama-sama saya rasai dan tangani, semuanya terasa nikmat, masam-manis, pahit getir, semuanya saya cuba sedaya upaya ambil dengan pandangan positif. Walaubagaimana pun, serba sedikit kemelut dalaman turut memberi kesan pada perasaan bila mana beberapa ahli PAS Kawasan mengumumkan untuk keluar parti dan mengadakan sidang media, yang terkesan di hati bila mereka buat sidang media yang ternyata agendanya untuk menekan kepimpinan pusat dan seterusnya memburukkan imej parti, itulah yang sangat melukakan hati.... ingat lagi dulu pernah menangis dengan sangat teruk sekali bila abah masuk hospital kerana doktor charged abah sakit jantung, tapi 12 jun 2015, detik itu merupakan hari di mana saya menangis lebih teruk lagi.... satu hari pengkhianat terhadap parti... jika parti ini bukan jalan juang dasarnya kerana Allah, tidaklah tangisan itu seteruk itu, tapi kerana pengkhianatan ini ialah pengkhianatan terhadap parti Islam....Apapun yang sudah terjadi, sedikit pun tidak melunturkan semangatku, malah makin menambahkan dan membakar semangat juang, dan perjuangan ini akan diteruskan, kerana SUMPAHKU UNTUK HIDUP DAN MATI DI DALAM PERJUANGAN INI SELAGI MANA DASARNYA ADALAH DI JALAN ALLAH!!!! ALLAHHUAKBAR!!!!!