Tuesday, June 16, 2015

Bismillahhirahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt,

Ku kembali dan berharap dapat meneruskan penulisan dalam ruangan ini,
Moga dipermudahkan segala usaha untuk sama-sama menyebarkan Ilmu Allah...
Insya' Allah...

Wassalam

Ini Wadah Perjuanganku.....



Menyelusuri detik-detik menceburi bidang politik secara rasmi, bermula pertengahan Februari yang lalu, saya ambil keputusan muktamad berhenti kerja dan berkhidmat untuk PAS Kawasan Jelebu. Impian sekian lama saya untuk berbakti pada PAS, untuk sama-sama berjuang, jalannya telah terbentang luas di depan mata, tanpa perlu berfikir apa-apa lagi saya terus mengambil peluang tersebut, dan bermulalah kehidupan saya mengabadikan diri melaksanakan tugas dan operasi PAS. Mengenali dan cuba memahami seorang demi seorang kepimpinan PAS Kawasan, hari demi hari sehinggalah hari ini, corak dan warna mereka pelbagai, kesibukan dan segala permasalahan yang terjadi dalam parti baik di peringkat cawangan, kawasan dan pusat, sama-sama saya rasai dan tangani, semuanya terasa nikmat, masam-manis, pahit getir, semuanya saya cuba sedaya upaya ambil dengan pandangan positif. Walaubagaimana pun, serba sedikit kemelut dalaman turut memberi kesan pada perasaan bila mana beberapa ahli PAS Kawasan mengumumkan untuk keluar parti dan mengadakan sidang media, yang terkesan di hati bila mereka buat sidang media yang ternyata agendanya untuk menekan kepimpinan pusat dan seterusnya memburukkan imej parti, itulah yang sangat melukakan hati.... ingat lagi dulu pernah menangis dengan sangat teruk sekali bila abah masuk hospital kerana doktor charged abah sakit jantung, tapi 12 jun 2015, detik itu merupakan hari di mana saya menangis lebih teruk lagi.... satu hari pengkhianat terhadap parti... jika parti ini bukan jalan juang dasarnya kerana Allah, tidaklah tangisan itu seteruk itu, tapi kerana pengkhianatan ini ialah pengkhianatan terhadap parti Islam....Apapun yang sudah terjadi, sedikit pun tidak melunturkan semangatku, malah makin menambahkan dan membakar semangat juang, dan perjuangan ini akan diteruskan, kerana SUMPAHKU UNTUK HIDUP DAN MATI DI DALAM PERJUANGAN INI SELAGI MANA DASARNYA ADALAH DI JALAN ALLAH!!!! ALLAHHUAKBAR!!!!!

Wednesday, April 13, 2011

Rindu untuk menangis

Dah lama rasanya tak menangis....
rindu....
menangis untuk menyesali segala dosa-dosa yang telah dilakukan
sepanjang memijak di bumi Tuhan
risau.....
terlalu gembira dengan keduniaan
akan buat terus hilang rasa menyesal di atas setiap dosa-dosa yang kuciptaa
Ya Allah kekalkanlah hati ini dalam iman
Peliharalah hambaMu Ya Allah

Sunday, February 13, 2011

Maafkanku Ya Rasulullah!


Setiap kali lepas sembahyang, ade satu perasaan yang menyelubungi diri.
Rase sedih bila mengenangkan lidah dan hati ini yang jarang berselawat pada Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.
Bila kenang kembali, bagaimana tingginya jasamu kepada umatmu, bertapa sayangnya engkau terhadap umatmu.
Sering terbayang-bayang engkau melafazkan ummati-ummati! dalam perjalananmu menanti ajal,
tergambar nikmatnya islam yang kau sampaikan pada kami,
hati ini terasa sangat sedih, hina dan jauh darimu
hanya berapa ketika mengingatimu
maafkanku ya Rasulullah,
bukan tak cinta, bukan tak sayang
tapi cinta dunia telah menyekat ingatanku padamu
maafkanku ! maafkanku ! maafkanku!
aku menyintaimu Ya Rasulullah!

Saturday, January 29, 2011

Lesson From Animal Life




Watching National Geographic, I learn a very meaningful thing about life. It is about love. The love that makes everything complete in this world. On this episode, im watching about the migrations of animal around the world. What make me touch is , when im seeing the migration of the animal that looks like cow, something like that. In their migration, while they are crossing the river, there are crocodile waiting for them. After along hunt, at last the crocodile get a cow. The cow try  to escape from the crocodile, however he fail, he not able to fight in the crocodile place. When others arrive at the land, mothers cow just can look from far her child died, she not able to do anything, how sad the mother watching her child shouting asked for help until it die and how happy the rest hugging their child when they are arrive. The lesson of what I see is  this is animal, also have a very strong feeling of love, never let her child die, even she know there’s no hope, at least she not leave her child. Even just a look, but that consider as a help . Compare to human now a days, which hot with the issue of throwing babies. Without no any feeling, they left their children, without feel guilty. What happened in this world? So is it wrong if we said that human today is worse compare than animals? In fact worse than devil!


Monday, January 10, 2011

selamat berjaya adik-adikku!

salam semua, saya dah kembali, setelah sekian lama menyepi. Semester terakhir saya di sini, tak sabar rasanya nak habiskan. Adik-adikku, dengar khabar semuanya sedang mencari kerja,tak kurang juga ada yang meneruskan pengajian daan ada yang merehatkn diri.

Dengar2 Dayana mohon kerja  marketing executive , faiz dapat kerja kat bank muamalat, amy officer kat hq ocbc bank, adeel sambung belajar kat unikl dan macam2 lagi. Tak kiralah apapun yyang dilakukan oleh adik-adikku, akak doakan agar kalian semua berjaya dalam hidup dan mencapai cita2 hidup masing2.

Good Luck and Love You All!!!!

Sunday, November 21, 2010

See you again brother sister batch 07-07 KPMSI!!!

Inilah yang dinamakan takdir. Allah dah tetapkan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan ini yang saya bakal hadapi tak berapa lama lagi. Perpisahan degan semua adik2 dan kawan2 yang sangat disayangi setelah pertemuan selama 3 tahun setengah.

Ermm,dari dari dulu lagi saya da plan nak bagi hadiah terakhir yang istimewa untuk insan2 yang bakal saya tinggalkan atau mereka tinggalkan saya. Dan hanya melalui videolah bagi saya ,yang mampu saya sampaikan mesej hati saya. Itulah bagi saya hadiah teristimewa yang mampu saya beri .( Istimewa ke?)

Start wat video ni actually since Sabtu petang, tapi adjust punya adjust, ditambah RAM lattop yg tersangatlah laju, macam2 jadi. Last2  saya tidur pukul  2 pagi dengan hasil yang sia2, video yang dok adjust2 tadi terus ilang!

Tak give up, nak bt jugak! saya pun start balik wat video dlm pukul 3ptg Ahad. Alhamdulillah berjaya. Pe lagi terusla upload dalam facebook! tak sabar nak sampaikan rasa hati dan harapan kat semua. Terlaksana da hajat. Dan hasilnya......

Walaupun video ni tak sehebat mana, tapi saya puas hati sebab suara hati saya ada kat sini. Bile tengok2 balik video ni tiba2 hati rase sayu,sedih la pulak.
Shara tabah Shara,jangan nangis, (padahal dah basah bantal, sob, sob)
Adik2ku, akk sayang korang semua!